Saturday, September 12, 2015

Razman mohon maaf jika Nizar tersinggung

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .
IPOH: Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria hari ini menafikan beliau berniat memfitnah Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Menurut beliau, kenyataannya di dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 2 Jun 2025 di bawah tajuk "Pendekatan Nizar Mirip DAP" dibuat tanpa berniat untuk memfitnah Adun Changkat Jering itu.

Sebaliknya, katanya, pernyataan tersebut adalah merupakan jawapan terhadap soalan yang dikemukakan wartawan akhbar berkenaan kepadanya.

"Ia dibuat tanpa berniat untuk memfitnah Datuk Seri Nizar, sekiranya beliau merasa tersinggung dengan kenyataan tersebut saya mohon maaf," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau mengesahkan telah menerima writ saman bertarikh 19 Ogos 2015 dan pernyataan tuntutan bertarikh 14 Ogos 2015 daripada Tetuan Awi & Co yang mewakili Datuk Seri Nizar.

Dalam tuntutan tersebut, Razman telah dikatakan mengeluarkan kata-kata "PAS mendokong Melayu, Islam dan Sultan tetapi Nizar telah memandang enteng dan kekal komited dengan perjuangan DAP sebagai parti yang mendokong pendekatan negara sekular.”

Beliau juga didakwa mengatakan bahawa, "Daripada mencemarkan imej parti adalah lebih baik beliau menyertai DAP. Kita tidak mahu dalam PAS dipenuhi oleh individu yang bersifat oportunis dan membelakangkan perjuangan parti". – HARAKAHDAILY 11/9/2015

5 comments:

  1. Kalau semua benda boleh selesai dengan mohon maaf je...tak perlu lah ada mahkamah, polis, undang2 dan penjara. Bila dah lepas cakap, fitnah pastu mintak maaf kemudian lusa buat fitnah lagi, kemudian mintak maaf balik, tulat pulak cakap lagi benda yang tak betul, kemudian mintak maaf lagi? Boleh je macam tu. Masa muktamar buat fitnah dan tipu macam2. Pastu dah menang dan dapat jawatan tetiba mintak maaf sebab fitnah dan tipu untuk menang...boleh ke????? Islam ke macam ni? Ulamak ke ni? Satu lagi, mamat ni mana datang ni? macamana tetiba je naik jadi PJ PAS Perak sedangkan sebelum ni tak wujud dalam kepimpinan PAS Perak pun? Track record? Pengorbanan? istiqamahnya? Ilmunya? Siapa dia ni sebenarnya? Ulamak? Lebai? Tok Siak? atau 007 or SB?

    Nick
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  2. Terbaik nick!!...wa salute sama lu....

    ReplyDelete
  3. Terbaik nick!!...wa salute sama lu....

    ReplyDelete